SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



JAWATANKUASA KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Wednesday, April 7, 2010




SEJARAH PENUBUHAN

Pada 18 April 2008, bertempat di Bilik Runding Cara, Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu, Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu, Encik Abdul Mu’in bin Haji Abdul Kassim telah mempengerusikan Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Isu-Isu Pelajar Di Bahagian Bintulu. Ahli Mesyuarat telah memutuskan agar sebuah jawatankuasa untuk menangani permasalahan sahsiah dan akademik di kalangan pelajar muslim di Bahagian Bintulu perlu disegerakan penubuhannya.

Oleh itu, wakil pendidik dari sekolah rendah dan sekolah menengah di Bahagian Bintulu, wakil dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, wakil dari Jabatan Agama Islam Bahagian Bintulu dan beberapa agensi Pertubuhan Islam di Bintulu serta wakil ahli masyarakat yang prihatin telah dijemput ke arah penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak untuk melaksanakan agenda yang dinyatakan.

PENGENALAN

Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang cemerlang.” (Surah Ali Imran : 104)

JAKSA bergerak di atas inisiatif guru-guru Islam di bahagian Bintulu yang secara sukarela bersedia untuk berusaha ke arah menangani cabaran dunia pendidikan yang sangat meruncing permasalahannya dewasa ini. Bertitik tolak daripada rasa insaf dan sedar di atas tanggungjawab terhadap permasalahan tersebut, JAKSA berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani dua masalah utama yang dikenalpasti sedang berlaku di kalangan pelajar Muslim di Bintulu. Permasalahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

1. Kemerosotan akhlak yang ketara

2. Kemunduran prestasi akademik


RASIONAL

Kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar muslim di Bahagian Bintulu amat membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila prestasi akademik juga tidak memberansangkan. Justeru, usaha yang jitu dan bersepadu di kalangan warga pendidik, ahli masyarakat yang prihatin dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Bintulu perlu digembelengkan bersama ke arah menangani permasalahan yang semakin rumit jika tidak ditangani segera. Semoga Allah membantu ke arah merealisasikan usaha yang murni ini.


MATLAMAT

Bersatu memperkasakan usaha ke arah :
i) Melahirkan generasi pelajar muslim yang mantap dari segi akhlak dan akademik.

ii) Melahirkan generasi pelajar muslim yang berpontensi ke arah menjadi pemimpin yang berwibawa di peringkat pelajar dan masyarakat

OBJEKTIF

  1. Membentuk jati diri pelajar berteraskan aqidah Islam yang mantap melalui kaedah pentarbiyahan (pendidikan dan latihan) yang tersusun kemas dan terancang rapi serta bersistematik berpaksikan kepada kaedah Pendidikan Islam yang syumul (komprehensif).
  2. Membudayakan cara hidup cemerlang berteraskan Islam dalam diri pelajar muslim dan warga pendidik yang merupakan qudwah (idola) kepada pelajar yang berinteraksi secara langsung dengan mereka.
  3. Menggabungjalinkan sumber tenaga pakar dalam bidang pembangunan insan yang berada di Bintulu demi ke arah kepentingan menjalankan usaha melahirkan modal insan yang berkualiti di kalangan warga pelajar muslim di Bahagian Bintulu.


TEMA

“ Membina Generasi Intelek Bersahsiah Mulia “


SEKRETARIAT

Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA),
Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu,
97000 Bintulu, Sarawak.
Alamat blog : http://ribat-jaksa.blogspot.com


STRUKTUR ORGANISASI

Penaung :

Puan Fatimah binti Matair

Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu

Penasihat :

Encik Abdul Mu’in bin Haji Abdul Kassim

Penolong Pegawai PPD Bintulu

Encik Ubaidillah bin Abdul Hamid

Unit Pendidikan Islam, PPD Bintulu

Ustaz Khalipah bin Juli

Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu

Ustaz Ahmad Mukarrom bin Hilal

Tokoh Masyarakat dan Pendakwah

Tuan Haji Kadir bin Jaya

YDP PIBG SMK Baru


Encik Shafian bin Japar

NYDP PIBG SK Kidurong

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi :

Ustaz Mahdi bin Lamit

Timbalan Pengerusi :

Ustaz Salehuddin bin Abu Samah

Setiausaha :

Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

Bendahari :

Ustazah Maryati bin Mokhtar

UNIT-UNIT


HEWA (Hal Ehwal Wanita)

1. Ustazah Juraidah Binti Suhai
2. Puan Wan Juliana Binti Wan Mohd Zain

Unit Pembinaan dan Pengumpulan Modul
1. Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir
2. Cik Hayati Binti Jemiron

Unit Penyelarasan Program
1. Encik Nik Mohd Lizam Bin Nik Yahya
2. Cik Hanim Hartini Binti Mohammad

Unit Penyelidikan dan Pembangunan Program ( R&D )
1. Ustaz Ahmad Lotfi Bin Mat Sharif
2. Ustazah Asma’ Binti Abdul Rahim

Unit Dokumentasi dan Penerangan
1. Ustaz Mohd Norul Syawal Bin Ibrahim
2. Ustazah Fadzliana Binti Wahab

Unit Fasilitator dan Kejurulatihan
1. Ustaz Mohd Sardi Bin Ismail
2. Encik Firdaus Bin Mohamed

AJK Kerja JAKSA dibantu oleh para guru Muslim, kakitangan Muslim dari sektor kerajaan dan swasta yang bertugas di Bahagian Bintulu yang bertindak sebagai sukarelawan-sukarelawan JAKSA dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang di peringkat Jawatankuasa Induk JAKSA PPD Bintulu.

BENTUK PERLAKSANAAN

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan akan berusaha ke arah melaksanakan empat perkara penting berikut :

  • Perlaksanaan program di peringkat pelajar
  • Perlaksanaan program di peringkat guru-guru
  • Perlaksanaan program di peringkat ibu bapa
  • Perlaksanaan program di peringkat AJK Bertindak (JAKSA)



PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Penaja AJK Bertindak Jawatankuasa Permuafakatan Menangani Isu-Isu Pelajar Di Bahagian Bintulu amat mengharapkan agar usaha yang mulia ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat demi ke arah menjayakan cita-cita murni yang telah digariskan dalam objektif yang telah dinyatakan di atas. Semoga amal yang kecil dan usaha yang sedikit ini akan dikurniakan keikhlasan oleh Allah Taala kepada pelaksananya serta mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah Taala.


0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG