SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



PROGRAM REMAJA ISLAM BINTULU ANAK TERBILANG

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Monday, April 12, 2010


PROGRAM REMAJA ISLAM BINTULU ANAK TERBILANG
(RIBAT)






1.0 RASIONAL

Potensi remaja amat penting untuk digarap bagi melonjakkan pembangunan ummah masa depan. Membangunkan remaja memerlukan kesungguhan dan keterbukaan bagi membolehkan spiritual, emosi, mental dan fizikal terbangun dengan bersepadu dan utuh. Kehidupan seorang pelajar agak sibuk dengan pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. Masa yang diperuntukkan bagi menghayati ilmu Islam hanya terbatas di dalam kelas ketika mengikuti subjek Pendidikan Islam. Oleh itu, para pelajar memerlukan satu program khusus untuk mereka melanjutkan lagi perbincangan tentang agama Islam dan mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar dengan ikatan persaudaraan di atas nama Islam. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dengan ini mengorak langkah untuk menubuhkan program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang (RIBAT)


Program RIBATyang berkesan boleh membantu pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Diharapkan RIBAT ini dapat menyediakan wahana buat para remaja membina kekuatan yang tersimpan dan memulihkan keresahan jiwa dan mental agar diri remaja mampu menjadi insan yang bukan sahaja hebat peribadinya bahkan unggul baktinya kepada agama, masyarakat, dan negara.

2.0 MATLAMAT


Matlamat program ini diadakan adalah untuk pelajar memahami dan menghayati Islam dalam kehidupan seharian mereka melalui ;

2.1 Pembangunan kerohanian dan amalan fizikal pelajar mendekati Allah.
2.2 Penghayatan roh dan semangat keislaman yang jitu.
2.3 Pelaksanaan syariat dan prinsip Islam dalam kehidupan.
2.4 Penyerahan diri secara total kepada Allah dan tidak berputus asa dalam hidup.


3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk ;

3.1 Membina generasi pelajar Islam yang mengenali Islam sebagai ad-Deen dan menghayatinya dalam kehidupan sebagai seorang muslim dan pelajar .

3.2 Melahirkan pelajar yang memahami tujuan mempelajari ilmu Islam sebagai bekalan dan panduan dalam kehidupan mereka yang serba mencabar.

3.3 Memberi peluang kepada pelajar yang kurang mahir dalam bacaan al-Quran untuk memantapkan bacaannya.

3.4 Mengukuhkan perasaan bersaudara di kalangan pelajar di dalam ikatan ukhuwah Islamiah dan sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara.

3.5 Melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang sentiasa bertanggungjawab menjaga ahli di bawahnya dengan baik.

3.6 Menanamkan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan menjadi generasi intelek yang bersahsiah mulia.


4.0 SASARAN

Sasaran program ini adalah untuk semua pelajar meliputi pelajar tingkatan 1 hingga 5 terutama yang tinggal di asrama sekolah di semua sekolah menengah dalam daerah Bintulu, Sarawak. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

1. SMK Bintulu
2. SMK Asyakirin
3. SMK Bandar Bintulu
4. SMK Sebauh
5. SMK Tatau
6. SMK Kidurong
7. SM Teknik Bintulu
8. SMK Baru
9. SMK Kemena (akan datang)


5.0 PELAKSANAAN


5.1 RIBAT diadakan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu

5.2 Setiap kumpulan RIBAT dikendalikan oleh seorang ketua / fasilitator dari kalangan guru dan individu yang dicadangkan dan dipersetujui oleh pihak JAKSA PPD Bintulu dan pihak sekolah.

5.3 Aturcara tetap RIBATyang dicadangkan ialah solat Fardhu berjamaah , berwirid dan membincangkan tajuk dari modul yang telah diberi .

5.4 Setiap perbincangan perlu menghasilkan satu persetujuan atau kesimpulan yang perlu diterima dan difahami oleh ahli RIBAT.

5.5 Setiap pertemuan dimulai dengan Ummul Kitab (al-Fatihah) dan diakhiri dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

5.6 Program bersama juga akan dijalankan mengikut keperluan, kesesuaian dan kesempatan seperti Program Latihan, Kursus Kepimpinan, Khemah Ibadah dan sebagainya melalui unit-unit RIBAT yang ditubuhkan.


6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

RIBAT dijalankan melalui kaedah yang berpaksikan kepada prinsip dakwah Islamiyah :

a. Hikmah (Bijaksana)
b. Mau’izah Al-Hasanah (Nasihat dan pengajaran yang baik)
c. Mujadalah (berdebat, berdiskusi dan berbantahan)

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Pemilihan Fasilitator / Pembimbing

7.1.1 Penamaan calon – dicadangkan oleh guru dan pelajar sekolah berkenaan dan diputuskan oleh pihak jawatankuasa program RIBAT, JAKSA PPD Bintulu.

7.1.2 Pengisian borang maklumat peribadi calon - Borang ini mengandungi soalan yang perlu dijawab oleh para calon bagi melihat tahap kefahaman mereka tentang Islam.

7.1.3 Temuduga – peringkat ini berfungsi sebagai jalan untuk penilai melihat dan menilai kemahiran serta kefahaman tentang Islam pada diri calon dengan lebih jelas

7.1.4 Pengumpulan maklumat calon yang layak - Di peringkat ini, penapisan semula dijalankan untuk mendapatkan calon fasilitator yang benar-benar layak.


7.2 Penentuan Kumpulan RIBAT

Setiap kumpulan RIBAT mengandungi maksimum 10 orang ahli ( pelajar ) mengikut jumlah pelajar. Setiap pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan tertentu berdasarkan kuota yang telah ditetapkan.


7.3 Taklimat Fasilitator

Fasilitator yang terpilih akan diberi pengisian yang sesuai berkaitan cara dan panduan mengendalikan RIBAT ini. Ianya adalah penting supaya dapat dipastikan para fasilitator menggunakan pengisian yang seragam terhadap ahli RIBAT serta mampu mengendalikan RIBAT mengikut panduan yang ditetapkan .

7.4 Silibus

Setiap kali perjumpaan, agenda yang perlu dimasukkan ialah :

1. Pengisian utama daripada silibus / modul yang ditetapkan.
2. Pengisian sokongan daripada Bacaan Al-Quran dan al-hadith dan berserta tafsirnya.
3. Latihan kemahiran seperti pengurusan diri, akademik dan komunikasi diri dan juga pengurusan kumpulan RIBAT masing-masing.
4. Perbincangan isu semasa untuk memastikan ahli RIBAT peka terhadap isu semasa.

7.5 Keperluan RIBAT

Untuk memudahkan para fasilitator dalam menguruskan RIBAT, mereka akan dibekalkan sebuah fail yang mengandungi :

1. Borang kehadiran ahli RIBAT.

2. Borang maklumat ahli RIBAT.

3. Borang penilaian kemahiran ahli.

4. Panduan Tugas Fasilitator dan kaedah mengendalikan RIBAT.

5. Buku Laporan RIBAT mingguan dan bulanan.

Fail/laporan hendaklah diserahkan kepada guru (ketua fasilitator) setiap 2 minggu atau apabila diminta berbuat demikian untuk pemeriksaan.

Borang maklumat diri hendaklah mengandungi butiran utama peribadi, dan perkara-perkara yang difikirkan perlu seperti maklumat akademik, cita-cita dan jawatan dalam kokurikulum. Satu ruangan khas hendaklah diadakan dalam borang itu yang membolehkan fasilitator mencatat perkembangan ahli, termasuk tindakan disiplin. Borang itu diisi sekali sahaja dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Bagi urusan merekodkan kehadiran setiap ahli RIBAT ke perjumpaan, maka satu borang khusus perlu disediakan . Contoh borang adalah seperti berikut ;




Dicadangkan borang kehadiran itu dipindahkan ke dalam fail komputer dengan menggunakan perisian yang sesuai seperti MS-Excel. Fail itu perlu mengandungi pelbagai butiran untuk kemudahan menganalisis dan mengisi data.

Lebih daripada satu borang penilaian kemahiran ahli boleh diadakan. Contoh format borang adalah seperti berikut :






7.6 Pemantauan

Setiap 2 minggu , fasilitator-fasilitator perlu menyerahkan fail tugas kepada ketua Fasilitator sekolah masing-masing untuk diperiksa bagi mengetahui maklumat kehadiran ahli RIBAT dan laporan fasilitator . Fasilitator-fasilitator perlu melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dan juga masalah ahli-ahli dalam kumpulannya dan dimaklumkan kepada ketua fasilitator untuk tindakan seterusnya.

Sebuah buku laporan akan disediakan Ketua Penyelaras RIBAT bagi memantau perjalanan program RIBAT. Buku tersebut akan disemak oleh pengetua dari semasa ke semasa bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Para fasilitator juga dikehendaki menandatangani borang kehadiran bagi mengesahkan kehadiran mereka dan pelaksanaan RIBAT.

Format buku laporan RIBAT :



7.7 Kaji Selidik


Pengurusan dan perjalanan RIBAT diperingkat awal biasanya mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu dan ia memerlukan penyesuaian terhadap ketidakselesaan ahli dan perubahan semasa. Oleh itu kaji selidik berkaitan dengan sambutan ahli, dan cadangan akan dilaksanakan. Adalah dicadangkan kaji selidik ini dijalankan 2 bulan sekali. Borang kaji selidik itu diedarkan oleh fasilitator kepala kumpulan RIBATnya. Borang itu perlu diserahkan semula kepada ketua fasilitator untuk dianalisis. Ketua fasilitator tersebut hendaklah melaporkan hasil kaji selidik dalam mesyuarat ketua-ketua fasilitator. Dengan demikian tindakan susulan bagi mengatasi masalah dapat dilakukan secara berkesan dari semasa ke semasa.



7.8 Anugerah RIBAT Terbaik


Kumpulan RIBAT yang menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran dan kualiti ahli akan dipilih sebagai kumpulan RIBAT terbaik. Penilaian dilakukan oleh jawatankuasa RIBAT berdasarkan pemerhatian terhadap ahli RIBAT , kehadiran dalam setiap kali perjumpaan dan laporan daripada fasilitator-fasilitator yang dilakukan pada setiap semester.


7.9 Penasihat


Perlu diberi perhatian bahawa kegiatan RIBAT yang dijalankan adalah pada peringkat sekolah. Setiap aktiviti SRIBAT perlu dilaporkan dalam mesyuarat fasilitator-fasilitator RIBAT yang bertanggungjawab menyampaikan perkara-perkara penting kepada pengurusan sekolah. Agar perkara ini berjalan dengan lancar, dicadangkan seorang atau beberapa orang guru yang berpengalaman dalam RIBAT dilantik sebagai penasihat Program RIBAT di setiap sekolah yang juga bertindak sebagai Ketua Fasilitator peringkat sekolah.


8.0 PENUTUP


Tidak dinafikan RIBAT adalah di antara program yang paling penting untuk menentukan hala tuju pelajar di sekolah menengah. Perjalanan dan pengurusan RIBAT yang tersusun dan berkesan akan dapat membuahkan hasil yang positif dan mendalam kepada semua ahlinya. Adalah diharapkan agar program RIBAT ini berupaya menjadi pemangkin kepada usaha pihak sekolah untuk melahirkan generasi pelajar Islam yang beriman dan berakhlak mulia.




Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, dan menyeru kepada perbuatan ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar “.



Semoga usaha ini diberkati Allah





Makluman:

Sebarang modul terkini dan borang-borang bolehlah dimuat turun dalam blog ini supaya ianya selaras di semua sekolah. Harap Maklum.

0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG