SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



~PERISTIWA ISRAK MIKRAJ UJIAN KEIMANAN~

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Monday, July 4, 2011 2 comments


ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’: 1)

Tanggal 27 Rejab, tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan dua tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t dalam ‘memperjalankan’ diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa (foto), Baitumaqdis, dan seterusnya Nabi diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t dalam masa yang begitu singkat.

Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan Nabi seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini begitu menongkah arus akal manusia. Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan.

Umat Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus globalisasi untuk meletakkan akal mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah. Islam tidak sama sekali menolak peranan yang dilakukan oleh akal tetapi harus ditundukkan dengan bimbingan yang bersumberkan wahyu dan sunnah.

Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem Islam, maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan mencari pelbagai alasan dan atas alasan kebebasan berfikir, cuba mempengaruhi orang lain agar sama-sama ragu seperti mereka juga. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang menolak terus sistem Islam.

Jika umat dahulu berasa pelik apabila Nabi menceritakan tentang Israk dan Mikraj, maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem hidup Islam yang menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah.

Kita harus mempelajari daripada peristiwa ini bahawa iman itulah merupakan pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan bagaimana kita mempraktikkan ajaran Baginda s.a.w selepas beriman dengannya. Sesungguhnya, imanlah yang membezakan Saidina Abu Bakar r.a dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” lebih daripada namanya sendiri kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur. Namun kuasa Allah s.w.t melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah ‘dihiburkan’ dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat Nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana Nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Penolakan Nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana kekayaan bukanlah satu-satunya faktor dalam menegakkan Islam. Jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil mahsul yang melimpah ruah tetapi ia tidak membantu pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam bersatu dalam menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas.

Kekayaan hanya dibolot oleh segolongan tertentu sedangkan sebilangan yang lain terus menderita. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan akidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah menguasai diri seseorang.

Kekuatan akidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan Islam daripada golongan ‘kuffar’ dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya janji kemenangan daripada Allah s.w.t.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum Nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin, malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah s.w.t memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitulmaqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi di mana keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berlangsung tanpa perikemanusiaan.

Kuasa Kristian yang dibeli oleh Yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat Islam, malah kuasa Kristian atas nama memerangi keganasan terus menjadikan umat Islam sebagai sasaran kepada senjata milik mereka. Dua kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan Yahudi seumpama dua kuasa besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam. Kemenangan Islam dalam menakluki dua kuasa besar tersebut telah diperoleh sama ada melalui perang ataupun perdamaian.

Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah Islamiah yang dibina oleh Nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya mereka sendiri merasa gerun melihat kehebatan sebuah pemerintahan Islam yang diasaskan atas akidah dengan membina kemajuan tamadun kebendaan tanpa mengabaikan pembangunan insan.

Begitulah terjadi pada hari ini di mana selepas penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama Kristian begitu mengambil berat tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara jajahan mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar penjajah walau dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan menekan rakyat agar tidak kembali kepada pemerintahan Islam.

Dunia kini secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama selepas serangan terhadap dua bangunan di Amerika pada 11 September 2001. Kuasa Yahudi dan Kristian berasa gerun dengan perubahan yang mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan kejam dengan menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari muka bumi ini. Mereka menekan seluruh negara umat Islam seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir (India), Iraq, Indonesia dan lain-lain.

Kita ingatkan kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dengan menolak semangat kebangsaan yang memecahbelahkan kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita akan beroleh kemenangan bersama kerdehaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Renungilah firman Allah s.w.t dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh Nabi semasa bertemu Allah s.w.t pada malam Israk Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam, yang maksudnya:

“Allah s.w.t tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”

Jika kita singkap kembali lembaran sejarah sebelum berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ini, akan kita dapati bahawa beberapa tahun sebelum berlakunya peristiwa ini, Baginda s.a.w. dan mereka yang beriman dengan Baginda telah melalui beberapa keadaan yang menyedihkan dan kesusahan serta penderitaan. Baginda pertamanya kehilangan isteri tersayang, Sayyidatina Khadijah r.a, merupakan orang yang pertama yang beriman dengan Baginda, dan teman sejati, serta pendukung Baginda, seorang yang mengorbankan segala hartanya untuk dakwah Baginda. Kemudian, Baginda kehilangan pemeliharaan dari semua kekasaran dan tentangan penduduk Mekkah dengan kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib. Selepas kematian bapa saudara Baginda ini, mereka yang beriman terpaksa melarikan diri ke sebuah lembah berdekatan Mekah, di mana tiada makanan atau tempat berteduh di situ.

Bahkan, Baginda begitu sedih apabila Baginda ke Taif dengan harapan agar penduduknya menerima Baginda, namun mereka bukan setakat menolak Baginda, tetapi mencederakan Baginda. Ramai daripada mereka yang beriman terpaksa berhijrah ke Habsyah dan yang kekal bersama Baginda berada di dalam keadaan lemah dan lapar. Apa yang benar-benar mendukakan Nabi ialah kaum Quraisy mengenali Nabi sebagai seorang yang sentiasa jujur, namun mereka enggan beriman dengannya.

Di dalam segala kesedihan ini, Allah s.w.t menganugerahkan Kekasih-Nya Rasulullah s.a.w dengan perjalanan Israk dan Mikraj ini demi untuk menjadi inspirasi serta sumber kekuatan bagi Baginda dengan memperlihatkan kepada Baginda apa yang tidak pernah dianugerahkan kepada seseorang pun sebelum Baginda. Baginda diperlihatkan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t, serta jaminan bahwa Allah s.w.t akan mengurniakan kejayaan kepada Baginda ke atas segala musuh Baginda.

Sesungguhnya, peristiwa Israk Mikraj ini telah membuktikan kepada Baginda bahawa jika bumi serta semua penduduknya mendukakan dan menyempitkan Baginda, maka segala pintu langit sentiasa terbuka untuk Baginda, dan sekiranya ada makhluk yang ingin mencederakan Baginda, maka segenap penghuni langit akan membantu dan mempertahankan Baginda. Begitulah tingginya darjat Nabi bagi umat ini.

Kita harus mempelajari daripada peristiwa ini bahawa iman itulah merupakan pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan bagaimana kita mempraktikkan ajaran Baginda selepas beriman dengannya. Sesungguhnya, imanlah yang membezakan Saidina Abu Bakar r.a dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang membenarkan” lebih daripada namanya sendiri kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Bagaimana Melatih Anak Menjadi Hafiz

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Sunday, June 26, 2011 1 comments




Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah oleh Norliza Abd. Rahman KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.



Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37.

Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w.."Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.

Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

JadualMenurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris.

Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkanuntuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysiaatau Sijil Menengah Agama kelak.

Ilmu akhiratDengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa."Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeruberapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu."Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.

Adab Membaca al-Quran

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang 0 comments




Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran di turunkan sedikit demi sedikit hingga sempurna 30 juzuk.

Untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa kita, kita perlu membaca, melihat makna dan tafsirnya dan cuba sedaya upaya untuk menghayati di dalam kehidupan sehari-hari, kerana akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran seperti mana Siti Aisyah menyatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah S.A.W. maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong."
Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi Tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulama-ulama muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian al-Quranul Karim. Para Ulama berpendapat sunat membaca al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat al-Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi:
"Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya al-Quran maka peliharalah dengan bersugi."

Berkata Yazid bin Abdul Mallek: "Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya al-Quran maka peliharalah dengan bersugi."

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).

Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).

Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Kami membaca al-Quran itu dengan tartil."
(Surah Al-Furqan ayat 32)

"Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil."
(Surah Al-Muzammmil ayat 4)

Pengertian Tartil pada bahasa: Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh. Menurut Istilah Tajwid ialah membaca al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Saydina Ali k.w berkata: "Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya."

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Inilah al-Quran yang memimpin jalan yang lurus. (Surah Al-Israi’ ayat 9)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin."
(Surah Al-Isra’ ayat 82)

Firman Allah S.W.T. lagi maksudnya : "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad ayat 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah S.A.W. berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid: Apabila kamu menguap ketika membaca al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Wahai kaum ahli-ahli al-Quran jangan gunakan al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis: Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya : "Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu."

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya : "Sesiapa yang telah khatam al-Quran baginya doa yang dimakbulkan."

Oleh itu jadikan bacaan al-Quran ini rutin harian kehidupan kita untuk mencari keredaan Allah S.W.T.

Tokoh Islam 2 : Khadijah bt Khuwalid R.A.

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Thursday, May 26, 2011 0 comments


Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari.

Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah, mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Oleh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.

Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa."

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, pada- hal di hadapan kita ada "wanita terbaik di dunia," Khadijah binti Khu- wailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat men- jadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya.

Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan Nabi-Nya dengan se- baik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam is- tananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hi- dupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan." [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah disepakati."]

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya oleh dunia ?

Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya membaca ayat- ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada penghibur, teman, pembantu maupun penolong.

Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian, beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali kepadaku." Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.



Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi SAW tidak mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan dukungan bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal.

Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :"Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolong- nya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118]

Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

"Mencari Redha Ilahi"

TOKOH IBN KHALDUN

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang 0 comments



RIWAYAT HIDUP IBN KHALDUN:

Nama beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406. Kawasan Khalduniyah di Tunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya.
Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at-Ta’rif bi’bni Khaldun) keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke Sepanyol dalam tahun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin; kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan penting dalam perang-perang saudara di abad ke 9 itu, dan mereka dianggap termasuk ke dalam satu daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu.

Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-Murabitun dan al-Muwahhidun; ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa orang dari mereka terkorban dalam peperangan az-Zallaqah (1086) yang buat sementara waktu menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian. Bagaimanapun selepas kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn Khaldun dilahirkan, dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa dalam umur belasan tahun beliau masuk dalam perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq; bagaimanapun minatnya kepada ilmu dan pendidikan menyebabkan beliau meninggalkan perkhidmatan itu dan berpindah ke Fez; di sini timbul lama suasana tidak tenang dari segi politiknya yang ditandai dengan persaingan dari segi politik yang memberi kesan atas kerjayanya.


Masa yang tidak aman ini termasuk ke dalamnya masa tiga tahun yang di dalamnya beliau berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria, di situlah beliau berpeluang untuk mengarang kitab al-Muqaddimahnya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab sejarah dunia yang menjadikan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah, sosiologi dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri Mesir menjadi tempat ia menetap dalam 24 tahun terakhir dalam umurnya. Di sini beliau hidup dalam keadaan mendapat kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Hakim dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di Universiti al-Azhar yang masyhur itu; tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya sebanyak lima kali.

Dalam hidupnya Ibn Khaldun tepaksa berpindah dari suatu istana kepada sebuah istana yang lain, kadang dengan hasratnya sendiri, kadang-kadang terpaksa melakukan demikian kerana rancangan seteru-seterunya atau raja-raja yang berkuasa penuh. Beliau mendapat banyak pengajaran daripada hubungannya dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para ulama dan sarjana di Afrika Utara, Sepanyol di bawah kerajaan Islamnya, Mesir, dan lain-lain wilayah Islam.

Kitabnya yang terkenal sekali ialah al-Muqaddimah (Pendahuluan) yang merupakan kitab terbesarnya ("masterpiece"nya) dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk pendidikan. Tema utama dari kitab yang "monumental" ini ialah untuk mengecamkan fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan dan mengkedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana kesetiakawanan, atau perpaduan sosial (al’-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru dan juga kekuasaan siasah. Ia mengecamkan adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses nai turun dan jatuhnya peradaban manusia dan beliau membuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.(2).

Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli itum menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, dan juga para pemikir Barat. Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah beliau berupa sarjana pertama, pengasas, dalam meletakkan laporan-laporan sejarah di bawah dua ujian iaitu ujian kemanasabahan pada akal dan ujian undang-undang sosial dan fisikal yang diperhatikan.Beliau menunjukkan ada empat perkara dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:(3)

1. menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan musabab;

2. mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa hadhir;

3. mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang berlaku;

4. mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang diwarisi.

Ibn Khaldun memulakan pengajian sejarah secara kritikal. Beliau memberi pengajian dan penelitian secara analisis ke atas peradaban manusia, permulaannya, faktor-faktor yang membawa kepada pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan itu nampaknya beliau mula mengasaskan satu ilmu baharu, iaitu ilmu berkenaan dengan pembangunan sosial atau sosiologi sebagaimana yang dipanggil sekarang ini.Beliau menulis demikian: "Saya telah menulis dalam bidang sejarah sebuah buku yang di dalamnya saya bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan pembangunan dan perkembangan negara-negara dan peradaban-peradaban, dan saya ikuti satu cara yang bukan biasa dilakukan orang bagi menyusun bahan-bahan kitab itu, dan saya ikuti jalan yang bukan biasa dilakukan dan yang baharu dalam menulisnya”. Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baharu dalam analisis , ia mencipta dua ilmu baharu iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga sosiologi sekaligus.

Beliau berhujah menyuatakan bahawa sejarah adalah tertakluk kepada undang-undang sarwajagat dan ia menyatakan kriteria untuk kebenaran sejarah.
"Kaedah untuk membezakan antara apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah ialah berdasarkan kepada kemungkinannya berlaku atau mustahilnya berlaku. Ertinya ialah: kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan bezakan antara ciri-ciri yang bersifat asasi yang penting dan yang tidak boleh terpisah daripadanya dalam tabiat kejadiannya dan apa yang bersifat mendatang, dan yang tidak perlu diambil kira, dengan mengenali secara lebih jauh lagi apa yang tidak mungkin menjadi milik baginya.Kalau kita lakukan ini, maka kita ada peraturan untuk membezakan kebenaran sejarah daripada kesilapan dengan cara kaedah pendalilan (‘kaedah demonstratif’) yang tidak ada syak lagi padanya.Ianya dasar yang murni yang dengannya ahli sejarah boleh mengesahkan apa-apa yang mereka laporkan." (4).

Oleh kerana beliau memberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan, setengah sarjana mendakwa beliau cuba menolak pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan falsafah rasional. Ini tidak berasas samasekali.Boleh diperhatikan bahawa setengah alirah erfikir mengajar perkara-perkara yang tidak rasional tetapi ini bukan sifat Islam yang selalu memberi penekanan kepada pemerhatian dan pencerapan serta pemikiran, dan iana memberi peringatan kepada mereka yang tidak membawa iman kerana tidakmenggunakan akal fikiran dan renungan.

Dalam Surah al-Baqarah: ayat 164 terdapat ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam pergantian siang dan malam, dan berlayarnya kapal-kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan turunkan dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan haiwan-haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang mengekori yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada tanda-tanda bagi orang-orang yang bijaksana dan berfikir”.

Dan dalam (2.170), ada ayat yang bermaksud:” Bila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Allah telah wahyukan". Mereka berkata: 'Tidak: kami akan ikuti jalan-jalan datuk nenek kami". Apa? walaupun datuk nenek mereka tidak mempunyai mempunyai ilmu kebijaksanaan atau akal serta bimbingan?

Tentang kaedah penyelidikan beliau memberi penekanan tentang perlunya perkara-perkara kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Beliau menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil daripada perkara-perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetrapi semuanya dikawal oleh undang-undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian boleh diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.Beliau menyatakan bahawa para ahli sejarah membuat kesilapan dalam penyelidikan mereka tentang peristiwa sejarah kerana tiga faktor.

1. kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia;

2. sikap prejudis atau prasangka mereka;

3. sikap mereka bertaklid mengikut laporan-laporan yang diberi olehorang lain tanpa usul periksa.

Ibn Khaldun menunjukkan bahawa kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan datang melalui kefahaman yang tepat tentang sejarah dan kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai melalui pemerhatian terhadap tiga perkara penting.

1. Seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun samaada pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea.

2. Seseorang itu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati. Ia hendaklah mempelajari apa yang boleh dipelajari seboleh-bolehnya berkenaan dengan ahli-ahli sejarah dan laporan-laporan yang didengari dan dibaca, dan seseorang itu hendaklah memeriksa akhlak mereka yang berkenaan serta adakah mereka itu beramanah dalam ilmu sebelum diterima laporan-laporan mereka.

3. Seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentanhg sejarah politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita-berita berkenaan dengan para pemerintah dan negara-negara sahaja.Ini kerana sejarah bukan sahaja terdiri daripada yang demikian sahaja bahkan terdiri daripada penelitian terhadap suasana-suasana kemasyarakatan, keagamaan dan perekonomian.

Al-Muqaddimah itu dikenali sebagai kitab yang penting semenjak dari masa hayat pengarangnya sendiri lagi.Jilid-jilid kitabnya yang lain itu berbicara berkenaan dengan sejarah dunia - Kitab al-‘Ibar - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan kabilah-kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir al-Tasrif, sebahagian terbayaknya membicarakan hal kehidupan beliau sendiri. Sebagaimana halnya dengan kitab-kitabnya yang lain, ianya ditulis dari segi perspektif analitikal dan memulakan cara baharu dalam menulis seni biografi. Kitab yang ditulisnya tentang ilmu hisab tidak didapati.

Ringkasnya, pengaruh Ibn Khaldun dalam sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik, dan pendidikan -pendeknya jasanya dalam epistemologi Sunni - kekal dan mendominasi sampai ke zaman kita ini. Beliau juga diakui sebagai pemimpin dalam menulis biografi dan pembaharu dalam pendidikan dan psikologi pendidikan serta penulisan persuratan yang indah dan tinggi kualitinya dalam Bahasa. Buku-bukunya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa Barat dan Timur, dan menimbulkan pengaruh dalam perkembangan ilmu-ilmu. Al-Muqaddimahnya ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu (terbitan DBP) dan Bahasa Indonesia selain daripada terjemahan Inggerisnya yang terkenal oleh Franz Rosenthal dalam tiga jilid itu.

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG