SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



LAPORAN RINGKAS PROGRAM QTC 2010

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Thursday, April 22, 2010

Alhamdulillah, Program Qiayadah Training Course (QTC 2010) telah berlangsung dengan jayanya hasil komitmen semua pihak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Jawatankuasa QTC 2010, Jawatankuasa JAKSA, pihak PPD Bintulu, dan semua individu perseorangan yang memberi sokongan tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.

Majlis Penutupan QTC telah diadakan pada 18 April 2010, Ahad iaitu hari terakhir program QTC. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, diikuti ucapan daripada Rais (Ketua Pelajar Kem QTC) dan tayangan multimedia yang memaparkan keseluruhan aktiviti QTC 2010. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan acara Perasmian Program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang (RIBAT) dan blog rasmi RIBAT yang telah disempurnakan oleh En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu. Maka dengan ini program RIBAT akan berjalan secara rasmi di 8 buah sekolah menengah daerah Bintulu.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan modul RIBAT yang disampaikan oleh En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim kepada semua Ketua RIBAT di 8 buah sekolah tersebut yang menjanjikan komitmen penyelaras-penyelaras RIBAT untuk memastikan program RIBAT ini berlangsung dengan jayanya di sekolah masing-masing. Pihak Jawatankuasa RIBAT juga dengan berbesar hati telah menghadiahkan modul RIBAT kepada En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim, selaku wakil pihak PPD untuk simpanan pihak pejabat. Majlis penyerahan hadiah kepada kumpulan terbaik keseluruhan juga telah disempurnakan oleh Ustaz Khalipah Bin Juli (Pegawai JAIS Cawangan Bintulu).

Ucapan Majlis Penutupan pula telah disampaikan oleh Haji Kadir Bin Jaya, YDP PIBG SMK Baru yang juga bertindak sebagai salah seorang daripada penasihat JAKSA. Dalam ucapan tersebut beliau mengharapkan komitmen yang padu oleh semua pihak bagi menjayakan program-program anjuran JAKSA terutamanya program RIBAT yang menjadi nadi kepada pelapis anak-anak Bintulu yang cemerlang dan berakhlak mulia. Majlis penutupan ini telah diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar kenang-kenangan diadakan bersama pelajar, penyelaras dan juga tetamu jemputan.

Sekali lagi diucapkan sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program QTC 2010 pada kali ini. Semoga Allah sajalah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kita asemua. Sehinngga berjumpa lagi dalam program seterusnya. Wassalam. Add Image


“ Membina Generasi Intelek Bersahsiah Mulia “

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah kepada JAKSA dan Warga Kerja QTC di atas usaha mulia yang dilaksanakan. semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran kepada kalian.

     
  3. Unknown Says:
  4. Tahniah kepada AJK QTC dan pengarah program. Teruskan berbakti di bumi Bintulu..

     

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG