SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



PROGRAM TADARUS PERDANA RIBAT RAMADHAN 1431H/2010M

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Monday, August 16, 2010


RINGKASAN KERTAS KERJA PROGRAM TADARUS PERDANA RIBAT DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN RIBAT SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1431H


1. PENDAHULUAN

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah merupakan petunjuk dan penyelamat kita di dunia dan di akhirat. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang paling benar “.

Justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti dalam kehidupan mereka.

Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah ini, bulan turunnya al-Quran didalamnya, pihak Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik ( JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam Bintulu melalui pendekatan Program RIBAT (Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang) ingin memula langkah memberi kefahaman dan kemahiran membaca serta memahami ayat-ayat suci al-Quran kepada peserta-peserta RIBAT.

Melihat kepada betapa pentingnya kita membaca, memahami dan mendalami ilmu al-Quran ini, diharapkan program ini menjadi pencetus kepada semua anak-anak remaja ke arah membudayakan Al-Quran walau dimana sahaja berada dan dalam keadaan apa jua sekalipun. Semoga Allah SWT merahmati orang-orang yang menjadikan Al-Quran sebagai sebahagian dari kehidupannya.

2. OBJEKTIF

2.1. Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar khususnya ahli RIBAT tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran.
2.2. Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan ahli RIBAT.
2.3. Membudayakan Al-Quran dalam jiwa ahli-ahli RIBAT.
2.4. Mewujudkan jalinan silaturrahim di antara ahli-ahli RIBAT.

3. TEMA
‘Ke arah Membudayakan Al-Quran dalam Hidup Remaja’

4. TARIKH DAN MASA
1 -17 Ramadhan 1431H bersamaan 10-26 Ogos 2010 M

5. PENGISIAN PROGRAM
5.1 Tadarus Al-Quran
5.2 Majlis Khatam Al-Quran

6. KAEDAH PELAKSANAAN

A – Program Tadarus Perdana RIBAT
- Program ini melibatkan semua ahli RIBAT di setiap sekolah menengah bahagian Bintulu.
- Mengambil kaedah pembahagian juzuk Al-Quran mengikut sekolah (Rujuk jadual 1).
- Bacaan disemak dan dipantau oleh fasilitator masing-masing.
- Masa pelaksanaan tadarus adalah fleksibel mengikut kesesuaian setiap sekolah.
- Perkembangan program tadarus setiap sekolah dipantau oleh 3 orang AJK Penyelaras RIBAT.





B. Majlis Khatam Al-Quran RIBAT
Tarikh : 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H
Hari : Khamis
Tempat : Surau SMK Bintulu
Peserta : 10 orang pelajar (5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan) setiap sekolah

7. PENUTUP

Semoga dengan pelaksanaan Program Tadarus Perdana dan Majlis Khatam Al-Quran RIBAT ini dapat memenuhi objektif yang telah digariskan dalam program ini dan dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta dengan ilmu dan kemahiran khususnya yang berkaitan dengan ilmu al-Quran yang boleh dijadikan amalan dan budaya pada setiap masa.


Catatan:


Program tadarus al-Quran RIBAT ini boleh djalankan bersama program tadarus guru-guru. Para pempimbing perlulah kreatif untuk mengatasi permasalah semasa tadarus contohnya masalah tahap penguasaaan Al-Quran ahli RIBAT yang lemah dan juga masalah kekurangan tenaga pembimbing (guru) ini. sebagai contoh:


1- Membahagikan kumpulan pelajar mengikut taraf kemampuan membaca.


Kumpulan A- Lancar (membaca lebih banyak ayat dalam satu malam)


Kumpulan B- Kurang Lancar (membaca dalam tahap sederhana)


Kumpulan C- Lemah (membaca beberapa potong ayat) atau boleh bertadarus IQRA' sahaja


* Cadangan ini bagi memastikan pelajar dapat menghabiskan bacaan dalam masa yang sama kerana kemungkinan sesetengah sekolah ada aktiviti masing-masing seperti belajar malam (jika bertadarus malam).


Berikut adalah gambar-gambar terkini program tadarus Al-Quran yang diterima oleh pihak moderator...



Peserta tadarus al-Quran muslimat. Kumpulan ini terdiri daripada 3 guru dan 3 pelajar

Kumpulan muslimat ini juga terdiri daripada guru dan pelajar..tetapi bilangan pelajar tidak ramai kerana pelajar tersebut adalah pelajar dengan tahap kemampuan bacaan yang sederhana (tujuan: supaya masa tadarus tamat dalam tempoh yang sama dengan kumpulan A)

Tekun menelaah setiap isi al-Quran sambil peserta lain membaca Al-Quran mengikut giliran. Tafsir al-Quran adalah sangat digalakkan ketika bertadarus. Baca dan boleh memahami ayat al-Quran

Kumpulan muslimin ini terdiri daripada guru dan pelajar. Kelihatan 2 orang pelajar yang sangat lemah membaca al-Quran berkongsi 1 al-quran dengan pelajar lain. Pujian harus diberikan kerana pelajar tersebut sanggup untuk mendengar dan mempelajari bacaan/sebutan yang betul daripada para peserta lain.

Komen: kalau boleh pelajar tadi mendapatkan sendiri al-Quran dan halaqah(bulatan) yang dibuat haruslah dirapatkan agar bacaan peserta lain lebih jelas didengari

Guru-guru dan staf juga tidak ketinggalan untuk bertadarus. Galakan harus diberikan kepada mereka untuk sama-sama bertarawih dan bertadarus bersama pelajar.

Jamuan moreh disediakan selepas selesai sahaja bertadarus (sumbangan moreh boleh dilakukan dengan meminta sumbangan daripada guru dan staf Islam)

Catatan:

Gambar-gambar adalah sumbangan dari SMK Sebauh, Bintulu.

0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG