Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Program Muzakarah RIBAT dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun dalam kekangan masa yang ada. Program kali ini telah berjaya menghimpunkan para ustaz, ustazah, kaunselor dan guru-guru akademik dari sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Bintulu.
Program dimulakan dengan sesi bertaaruf bersama RIBAT yang disampaikan oleh gandingan Ustaz Mahdi bin Lamit dan Ustaz Salehudin Abu Samah. dalam sesi bertaaruf ini, para peserta diperkenalkan dengan asal-usul program RIBAT, perancanagan dan cara pengendalian program RIBAT si sekolah. Para peserta juga disuntik semangat untuk sama-sama memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu bagi melaksanakan program ini. Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi.
Seterusnya majlis bersambung dengan sesi percambahan ilmu berdasarkan silibus RIBAT dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memberi peluang kepada para peserta bertukar-tukar pandangan tentang masalah para prlajar di sekolah masing-masing. Para peserta juga diminta memberikan pandangan penyelesaian masalah dan seterusnya mengemukakan beberapa resolusi berkenaan masalah yang dihadapi. Majlis berhenti rehat pada jam 1.30 petang untuk makan dan solat zohor.
Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan perkongsian kertas kerja oleh Dr. Ahmad Nasir bin Muhd Yusof (Timb. Dekan HEP,UPM Kampus Bintulu). Kertas kerja yang dikongsi oleh beliau adalah berkenaan masalah sosial anak-anak pelajar Islam di sekitar Daerah Bintulu. Perkongsian yang sangat bermanfaat ini merupakan hasil kajian beliau untuk thesis PhD nya.
Setelah selesai slot pembentangan kertas kerja, majlis penutup menyusul yang telah disempurnakan oleh Ustaz khalipah bin Juli. Ini merupakan program terakhir beliau bersama-sama dengan pihak JAKSA kerana beliau akan berpindah ke Kuching dalam masa yang terdekat. Majlis penutup ini juga turut diserikan dengan kehadiran En Abdul Mui'in bin Hj Abdul Kassim (Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu). Beliau telah menyempurnakan majlis penyerahan watikah kepada para peserta yang bertindak sebagai pembimbing RIBAT di sekolah masing-masing.

Peserta muslimat
0 comments