SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Tuesday, May 18, 2010

Assalamualaikum wbkth

Salam sejahtera dan salam persaudaraan diucapkan kepada semua anak-anak RIBAT Bintulu. Sememangnya di semua sekolah pada ketika ini sedang berlangsungnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Mungkin sudah diantara kita sedang menduduki peperiksaan dan ada yang masing belum mendudukinya. Apapun pihak kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua remaja Islam di Bintulu dan semoga kejayaan mengiringi anda semua. Disini ingin sukacitanya pihak moderator ingin berkongsi beberapa petua sempena menjelangnya musim peperiksaan. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

STRATEGI SERTA PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

(TIPS SEJENAK BERSAMA DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH KAMSAH )


1)Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?

•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu’
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

2)Bagaimana melatih diri?

•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room” bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

3)Malam sebelum hari peperiksaan

•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif

4)Di pagi peperiksaan

•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan




SEMOGA SEGALA ILMU YANG KITA ADA DAPAT DIAMALKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN INSYAALLAH...


0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG