Pada 12 Mac 2011,dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berskala 8.9 Ritcher telah berlaku di Jepun dan menyebabkan tsunami besar telah melanda di beberapa buah bandar di negara matahari terbit itu.Malapetaka itu telah menyebabkan ribuan nyawa mangsa telah terkorban dan dikhuatiri jumlah yang terkorban akan meningkat sebanyak 10000 orang.Tambah memeritkan apabila kerajaan Jepun mengumunkan bahawa reaktor nuklear mereka di Koriyama dan beberapa buah bandar lagi telah meletop dan menyebabkan kesan radioaktif makin meningkat naik.Hal ini bukan sahaja telah membahayakan nyawa mangsa,malah berkemungkinan kesan ini turut merebak ke seluruh bandar berhampiran dengan kawasan malapetaka.
Bahasa ALLAH Kepada Manusia
Malapetaka ini telah menyebabkan Jepun mengalami kerosakan fizikal bumi yang teruk dan kerugian material yang begitu besar.Perbezaan yang begitu ketara sebelum dan selepas bumi Jepun dilanda malapetaka ini boleh dilihat secara jelas di sini,Japan:Before and After.
ALLAH berfirman di dalam aL-Quran,
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).Adakah kamu – (sesudah diselamatkan ke darat) – merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?.Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?
(aL-Isra' :67-69)
Ayat di atas jelas memperingatkan keapda kita semua tentang azab siksa ALLAH kepada manusia yang ingkar akan arahan-Nya dan mengkufuri-Nya setelah diselamatkan daripada azab tersebut.Peringatan-peringatan ALLAH ini kita kenal melalui apa yang kita sebut sebagai "bencana alam" atau malapetaka sebenarnya adalah janji ALLAH buat hamba-hamba Dia yang sering menyanggah ketentuan sunnatullah dan syariatullah.
Marilah kita semua mengambil iktibar akan malapetakan ini untuk kita menghitung diti dan mengkoreksi jiwa agar kembalai taat dan patuh pada setiap arahan dan suruhan-Nya.Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun itu adalah salah satu petunjuk jelas yang sewajibnya setiap orang yang beriman sedar bahawa ianya datang dari ALLAH.Kenyataan ini bukanlah beerti bahawa kejadian malapetaka itu tiada kaitannya dengan sains,namun seharusnya kita beriman bahawa apa yang dinyatakan oleh saintis berikutan bencana ini hanyalah implementasi kepada betapa berkuasanya ALLAH untuk menentukan segala-galanya di muka bumi ini.
Marilah kita memahami dan menginsafi ayat ALLAH dalam aL-Quran,
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?.Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?.Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
(surah aL-Mulk:15-18)
ALLAH menjelaskan dalam ayat di atas bahawa bumi ini adalah milik-Nya secara mutlak.Seterusnya Dia menyeru kepada manusia agar memikirkan adalah logik untuk kita tidak merasa gerun akan kemurkaan-Nya akibat kemungkaran yang kita lakukan.Nyata benarlah janji Tuhan yang Esa itu tidak pernah dimungkiri.Dunia seringkali di ingatkan dengan deretan bencana alam yang menggerunkan seperti letupan Gunung Berapi Krakatau pada tahun 1883 yang meragut nyawa seramai 36000 orang di Indonesia,taufan besar di Mississippi,USA pada tahun 2010,tsunami gergasi di Bandar Acheh,Langkawi,Phuket dan beberapa tempat lagi pada tahun 2004 yang menyebabkan kematian seramai lebih 200000 orang sepatutnya memberi jawapan yang jelas kepada kita persoalan tentang kekuasaan ALLAH dan janji-Nya di dalam aL-Quran yang tidak pernah dimungkiri.
Oleh itu,marilah kita mengambil sepenuhnya iktibar dan pengajaran melalui peristiwa-peristiwa alam ini agar kita tidak menjadi manusia yang buta,pekak dan bisu terhadap bahasa ALLAH ini.
0 comments