SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



Program Muzakarah RIBAT 2011

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Tuesday, March 29, 2011

(gambar hiasan)

Terlebih dahulu, penulis mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana program muzakarah pembimbing RIBAT 2011 anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan dan Sahsiah (JAKSA) yang telah diadakan pada 26 Mac yang lepas berjalan dengan lancar. Sebahagian besar peserta adalah mewakili panitia pendidikan Islam di sekolah-sekolah kawasan Bintulu yang merupakan pembimbing RIBAT di sekolah masing-masing. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program tersebut telah mendapat respon yang sangat positif daripada peserta yang kebanyakannya meminta supaya JAKSA memperbanyakkan lagi program sebegini pada masa-masa akan datang.

Program Muzakarah Pelaksanaan RIBAT ini dicadangkan sebagai satu forum dan medium perkongsian di kalangan warga pendidik yang prihatin ke arah memahami, meneliti dan merangka langkah yang bersepadu demi untuk memastikan kejayaan pelaksanaan RIBAT yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Diharapkan program ini dapat memberi input dan meniupkan roh cintakan kepada usaha-usaha dakwah dan islah (pembaikan) dalam jiwa warga pendidik supaya lebih berkesan dalam membimbing pelajar. Semoga generasi yang mendidik dan dididik mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah ini akan menjadi generasi gemilang yang disinari dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Matlamat program muzakarah ini adalah ke arah melahirkan pembimbing yang ikhlas, berketrampilan, bersatupadu, memiliki sifat-sifat terpuji, berkemahiran memimpin demi ke arah memastikan kejaaan pelaksanaan RIBAT di sekolah.


Sepanjang program berlangsung banyak perkongsian ilmu yang telah disediakan oleh AJK program. Terutamanya melalui slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ali Fathullah Harun. Beliau merupakan salah seorang pendakwah bebas yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat Islam disini. Dalam penyampaiannya, beliau telah memetik firman Allah swt, didalam surah ali-imran ayat 110, yang bermaksud “kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan untuk memberi faedah kepada manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah kepada yang munkar, dan beriman kepada Allah”.

Sahabat-sahabat sekalian, adakah kita sedar bahawa misi Islam yang sebenarnya adalah untuk membebaskan manusia dari segala bentuk pengabdian kepada makhluk, menuju hanya pengabdian kepada Allah sahaja. Misi dakwah adalah menyeru manusia ke jalan Allah dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Tarbiyah ialah cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia bak secara langsung (kata-kata) atau secara tidak langsung (keteladanan dan sarana lain), untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik. Tujuan tarbiyah adalah untuk membina keperibadian Islam yang bersepadu dari segala isinya, aqidah, ibadah,ilmu pengetahuan, budaya, akhlak, perilaku, keorganisasian dan pengurusan, sehingga seluruh organisasi tarbiyah akan mengembangkan potensi rohani,jasmani dan akal fikiran manusia. Tujuan tarbiyah adalah untuk :

Melahirkan Individu Muslim:

  1. Salimul Aqidah
  2. Shahihul Ibadah
  3. Matinul Khuluq
  4. Qadirun alal kasbi
  5. Mutsaqqaful fikri
  6. Qawiyyul jismi
  7. Mujahidun linafsihi
  8. Munazhzhamun fi syu-uunihii
  9. Harishun ‘ala waktihi

Nafi’un lighairihi

Untuk mencapai tujuan tarbiyah dengan baik, diperlukan 5 komponen penting;

  1. Peserta tarbiyah.
  2. Murabbi.
  3. Pengelola Tarbiyah.
  4. Wasail.
  5. Kurikulum.

Sebagai murabbi, guru-guru seharusnya memainkan peranan mereka semaksimum mungkin untuk melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah. Sebagai mana MLM yang mempunyai rangkaian yang tersendiri untuk mendapat keuntungan daripada hasil pekerjaan mereka. Begitu juga lah dengan kite sebagai seorang murabbi murabbiyah di sekolah masing-masing seharusnya membina rangkaian untuk mengaut keuntungan pahala daripada Allah swt. Allah telah berfirman didalam surah Al-Jumuah 62:2,“Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata”.

Semoga program perkongsian ilmu sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang kerana ia banyak mendatangkan manfaat kepada pembimbing RIBAT. Walaupun sesibuk mana kita suatu hari nanti, jangan sampai kita tiada masa untuk diberikan pada agama Allah,kerana sesungguhnya masa itu hanyalah milik Allah. Insyaallah sama-sama kita bagi masa untuk Allah, mudah-mudahan kita kembali kepada Allah dalam keadaan kita telah tinggalkan sesuatu yang berharga untuk agama Allah disini. Wallahu’lam…

“Tinggalkan sesuatu untuk Allah, jangan sesekali tinggalkan Allah, kerana sesungguhnya Allah tak pernah meninggalkan kamu”

0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG