SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



QIADAH TRAINING COURSE (QTC) 2011

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Sunday, April 3, 2011




Alhamdulillah….segala puji hanya pada Allah kerana pelaksanaan QTC 2011 pada kali ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Ini adalah hasil usaha keras ajk JAKSA yang sentiasa proaktif bergerak kerja untuk Islam tanpa mengenal erti perasaan jemu dan berputus asa. Program pada kali ini ada sedikit kelainan daripada program yang sebelum ini, memandangkan untuk program QTC kali ni, JAKSA telah membuat kerjasama dengan beberapa agensi seperti Jabatan Belia dan Sukan Bintulu, Pusat Islam UPMKB, Jabatan Agama Islam Sarawak dan juga ADNIN Management & Consultancy. QTC 2011 pada kali ini diadakan di Pusat Islam UPMKB dengan tema “Ke Arah Melahirkan Pendakwah Muda”. Program ini dilaksanakan selama 3 hari dua malam, bermula pada 1 April 2011 sehingga 3 April 2011. Sebanyak 9 buah sekolah yang telah menghantar pesrta dari sekolah masing-masing.

Qiyadah Training Course (QTC) merupakan program yang diadakan pada setiap tahun. Program ini telah dimulakan pada 2008 merupakan program untuk mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar muslim di seluruh sekolah menengah di bahagian Bintulu. Untuk maklumat semua, Qiyadah Training Course adalah gabungan dua bahasa yang merupakan bahasa yang diiktiraf untuk diamalkan oleh kerajaan Malaysia. Gabungan bahasa Arab dan bahasa Inggeris ini adalah merupakan strategi utama urusetia majlis bagi memastikan pemimpin pelajar dapat menjadi komunikator yang berkesan di sekolah.

Hasil daripada laporan post mortem pada tahun lepas, menunjukkan pemimpin pelajar muslim di sekolah sangat bersemangat untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah. Justeru, pihak JAKSA mengambil peluang ini untuk memberikan input dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Sebenarnya pemimpin pelajar di sekolah mempunyai potensi yang sangat besar di sekolah. Walau bagaimanapun, atas dasar beberapa faktor, pemimpin pelajar ini tidak dilibatkan untuk menggerakkan aktiviti dakwah di sekolah.

Akhirnya, diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya ia dapat membantu meningkatkan kecemerlangan diri bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga memajukan pihak sekolah. Pihak JAKSA mengucapkan jazakallah hukhairan jaza’ kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung untuk menjayakan program pada kali ini. Semoga Allah memberi ganjaran atas usaha yang baik ini.

0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG