Tarikh :
8 Jamadilakhir 1431H bersamaan 22 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat:
Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu, Sarawak.
1.0 Pendahuluan
Golongan remaja adalah merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara. Masalah sosial yang semakin membimbangkan di negara ini telah menyebabkan semua pihak telah menuding jari kepada golongan remaja. Senario yang berlaku ini mendesak warga pendidik untuk lebih fokus kepada remaja. Agenda islah terhadap golongan ini adalah amat penting buat masa kini. Kita perlu akur bahawa masalah remaja pada hari ini adalah masalah global yang telah menghakis nilai keinsanan dan membiakkan penyakit sosial. Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) yang bernaung di bawah Unit Pendidikan Islam, PPD Bintulu ingin merungkai permasalahan sosial yang menjurus kepada isu sahsiah dan akademik di kalangan pelajar sekolah melalui pendekatan program khusus yang dijenamakan sebagai Program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang (RIBAT). RIBAT adalah intervensi yang dirangka khusus untuk membimbing para remaja di sekolah menengah di Bahagian Bintulu yang diharapkan dapat berfungi sebagai salah satu usaha ke arah melahirkan generasi intelek bersahsiah mulia. Program RIBAT ini telah dicetuskan hasil keprihatinan dan kesedaran yang tinggi di kalangan guru-guru muslim yang bertugas di Bahagian Bintulu yang telah bersedia untuk bersama-sama berganding bahu untuk menunaikan tanggungjawab tuntutan dakwah dan pendidikan kepada anak-anak didik di Bintulu. Justeru, demi untuk merealisasikan hasrat murni ini, Program Muzakarah Pelaksanaan RIBAT ini dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai satu forum dan medium perkongsian di kalangan warga pendidik yang prihatin ke arah memahami, meneliti dan merangka langkah yang bersepadu demi untuk memastikan kejayaan pelaksanaan RIBAT yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Diharapkan program ini dapat memberi input dan meniupkan roh cintakan kepada usaha-usaha dakwah dan islah (pembaikan) dalam jiwa warga pendidik supaya lebih berkesan dalam membimbing pelajar. Semoga generasi yang mendidik dan dididik mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah ini akan menjadi generasi gemilang yang disinari dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
2.0 Matlamat
Ke arah melahirkan pembimbing yang ikhlas, berketrampilan, bersatupadu, memiliki sifat-sifat terpuji, berkemahiran memimpin demi ke arah memastikan kejayaan pelaksanaan RIBAT di sekolah.
3.0 Objektif
3.1 Menanamkan rasa kepentingan membimbing remaja muslim di Bintulu di kalangan warga pendidik muslim yang bertugas di Bintulu.
3.2 Memberi pendedahan khusus tentang Modul RIBAT kepada semua pembimbing yang telah dilantik.
3.3 Membuka peluang kepada warga pendidik muslim di Bintulu untuk terlibat bersama-sama secara langsung untuk bermuzakarah (berbincang) tentang agenda dakwah dan islah ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan sahsiah dan akademik pelajar muslim di Bahagian Bintulu.
4.0 Tema
“ Bersama Membina Generasi Intelek Bersahsiah Mulia “
5.0 Pengisian Program
5.1 Bina semangat dan kepimpinan
5.1.1 Kecintaan terhadap nusa dan bangsa
5.1.2 Peningkatan daya tahan dan daya saing
5.1.3 Menyemarakkan semangat juang demi martabat bangsa dan Negara
5.1.4 Latihan kepimpinan
5.2 Pembentukan Sikap Positif
5.2.1 Kecintaan kepada ummah, bangsa dan Negara
5.2.2 Nilai-nilai murni berteraskan Al Quran
5.2.3 Nilai-nilai individu dan kelompok
6.0 Methodologi Program
Methodologi yang digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif program adalah seperti berikut:
- Ceramah / Tazkirah / Kuliah
- Perbengkelan
- Simulasi
- Role Model
- Dinamika Kumpulan
7.0 Anjuran
Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA),
Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu.
Dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu
8.0 Penutup
Adalah diharapkan agar Program Muzakarah Pelaksaan RIBAT ini dapat memberikan pendedahan kepada para pembimbing RIBAT dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman baru yang boleh dijadikan bekalan dalam melangsungkan agenda dakwah dan islah di peringkat pelajar di bawah seliaan warga pembimbing RIBAT di setiap sekolah menengah di Bahagian Bintulu. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan sentiasa membimbing para pembimbing RIBAT dalam memimpin para peserta RIBAT di sekolah mereka sehinggalah anak didik hasil pelaksanaan RIBAT mampu menjadi generasi harapan yang mampu meneruskan usaha-usaha yang mulia ini pada masa hadapan.
Klik pada gambar untuk download pamplet/membesarkan imej
Klik pada gambar untuk download pamplet/membesarkan imej
CATATAN:
Makluman kepada para peserta, sila bawa laptop sendiri khususnya untuk kegunaan semasa sesi pembentangan.
0 comments