SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke laman blog Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang



NOTA BUAT PENDIDIK MURABBI

Posted by Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang Tuesday, May 17, 2011


1. Seorang ibu adalah pendidik, seorang ayah adalah pendidik, seorang ustaz/ah juga adalah pendidik. Begitu juga seorang pendakwah adalah pendidik. Apatah lagi seorang guru sudah pasti dia adalah pendidik. Jadi setiap insan adalah seorang pendidik, kerana kalau tidak mendidik orang lain pun, kita pasti akan mendidik jiwa dan nafsu kita.

2. Mulianya seorang pendidik disebabkan mulianya risalah yang dibawanya, sama seperti risalah yang dibawa oleh nabi SAW. Nabi adalah pendidik murabbi yang perlu kita contohi. Allah Azza wa Jalla menjelaskan tugas asasi nabi adalah sebagai pendidik menerusi firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 129:
Wahai Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Kitab (al-Qur’an) serta al-Hikmah (al-Sunnah) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa, lagi maha bijaksana.

3. Islam meletakkan pendidik pada kedudukan yang tinggi dengan syarat mempunyai ilmu pengetahuan. Pendidik yang mempunyai kekuatan ilmu adalah orang yang takut kepada Allah SWT. Merekalah yang termasuk dalam golongan pewaris para nabi.

4. Sebelum urusan mendidik menjadi satu jawatan dan pekerjaan, ia merupakan satu kewajipan agama untuk menyebarkan ilmu dalam pelbagai disiplin, tanpa mendapat sebarang gaji tetap, bahkan hanya khidmat sukarela. Mereka yakin dengan ganjaran yang lebih besar daripada Allah SWT, pahala akan berterusan walaupun nafas sudah berhenti. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa nabi bersabda:

Apabila meninggal seorang insan maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak yang soleh yang mendoakannya. (Riwayat Muslim)

5. Tidak semua pendidik bersifat murabbi. Pendidik murabbi terikat dengan wahyu al-Quran dan al-Sunnah dalam pemikiran, ucapan dan tindakannya. Nota ringkas ini ingin mengajak kita semua melihat unsur-unsur penting yang perlu dipersiapkan dalam diri kita menuju maqam pendidik murabbi. Ia merupakan prinsip dan syarat utama, di antaranya:
Pertama: niat yang ikhlas.
Seorang pendidik perlu berniat bahawa segala urusan pembelajaran dan pengajaran adalah untuk mendapat redha Allah SWT. Berapa banyak masa yang telah dikorbankan untuk membuat persediaan mengajar, pembacaan, kajian dan lain-lain oleh seorang pendidik. Semoga ia diterima oleh Allah sebagai amal. Umar al-Khattab RA meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Setiap amalan berdasarkan kepada niat, dan setiap orang adalah berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah (berniat) kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang berhijrah (berniat) kerana dunia yang ingin direbutnya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya berdasarkan (niat) hijrahnya. (Riwayat al-Bukhari)

Alangkah ruginya jika kita mendidik tetapi hanya berniat untuk mendapat gaji atau elaun semata-mata, bukan kerana Allah SWT. Walaupun seorang pendidik bakal mendapat gaji, tetapi jangan halang dirinya daripada niat yang lebih besar dan suci. Umar al-Khattab RA pernah mendidik seorang lelaki agar mempunyai niat yang lebih besar ini. Dalam sebuah athar diriwayatkan bahawa Umar RA terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membuka tingkap rumahnya, lalu Umar RA bertanya:

Mengapa kamu buka tingkap ini? Lelaki itu menjawab: aku bukanya supaya udara masuk. Umar berkata: Kenapa tidak kamu katakan supaya boleh mendengar azan?

Kedua: memahami tugas.
Pendidik perlu memahami tugasnya untuk mendidik ummah. Falsafah pendidikan Rabbani (al-Baqarah ayat 129) melebihi yang lain. Diikuti dengan gabungan falsafah pendidikan yang ada, dan seterusnya matlamat dan objektif yang telah digariskan. Pendekatan boleh jadi berbeza-beza kerana meraikan anak murid atau mad’u, tetapi tidak boleh lari daripada objektif. Sebab itu Allah SWT memberitahu manusia tentang objektif penciptaan manusia, supaya mereka faham dan tidak lari daripada objektif asal, firmanNya dalam surah al-Dzariyat ayat 56:

Dan tiadalah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah.

Jangan pandang ringan dengan sesi taklimat yang diadakan, kerana ia menyebabkan kita faham apakah tugas kita yang sebenarnya. Taklimat mesti diadakan dan mesti dihadiri oleh setiap pendidik, ia sangat penting. Bertanya dalam sesi taklimat juga penting supaya mencerahkan kekaburan dan meleraikan kekusutan. Jika tiada taklimat sekalipun, carilah taklimat dan maklumat daripada yang bertanggungjawab. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Tafsir al-Munir menyatakan bahawa ketika Allah SWT menyuruh nabi Musa dan Harun AS berdakwah kepada Firaun, Allah Azza wa Jalla memberikan taklimat kepada nabiNya dan berlaku diolog. Firman Allah dalam surah Toha ayat 42-46:

Pergilah engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat kurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingatiKu. Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami takut bahawa dia akan segera menyeksa kami, atau akan melampaui batas. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.

Ketiga: mempunyai qudwah hasanah.
Qudwah hasanah adalah kekuatan seorang pendidik. Bahasa qudwah lebih berkesan daripada bahasa lisan. Ia tidak boleh dibuat-buat atau dilakonkan. Lakonan hanya akan bertahan sekejap sahaja, bahkan ia boleh menjerumuskan kita ke lembah riya’ dan takabbur, kerana hanya menjadi baik ketika di hadapan manusia. Bagaimana pula ketika di belakang manusia?

Perbuatan seorang pendidik murabbi tidak akan bercanggah dengan kata-katanya. Sekiranya tidak seiring, lambat laun anak murid atau mad’u akan mengetahuinya. Pada waktu ini pendidikan sudah tidak berkesan dan banyak masalah akan timbul. Allah Azza wa Jalla mengingatkan kita agar perbuatan dan perkataan kita seiring dan tidak bercanggah, firmanNya dalam surah al-Soff ayat 3:

Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya.

Rasulullah SAW menunjukkan qudwah hasanah, sehingga akhlak baginda SAW dikaitkan dengan al-Quran. Al-Qur’an menyuruh agar bersifat benar maka pendidik mesti bersifat benar, al-Quran menyuruh supaya tunaikan janji maka pendidik perlu menjadi seorang yang menunaikan janji, dan al-Quran menyuruh agar mendirikan solat maka pendidik mestilah seorang yang paling sempurna solatnya. Diriwayatkan bahawa Sa’ad bin Hisham bertanya Aisyah RA tentang akhlak nabi SAW, jawabnya:

Adalah akhlaknya (nabi SAW) al-Qur’an. (Riwayat Ahmad)

6. Kesimpulannya, pendidikan berkesan memerlukan seorang pendidik yang memiliki prinsip dan memenuhi syarat tertentu. Ummah yang baik hanya mampu dilahirkan oleh pendidik yang murabbi.

Sumber : Ustaz Anhar Opir

0 comments

Post a Comment

PENGUMUMAN

SENARAI AKTIVITI ANJURAN JAKSA 2011

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali Bintulu

(1) Qiyadah Training Course(QTC 2011)

[26 Mac April 201]



(2) Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Islam

[1-3 April 2011]



3) Kursus Fasilitator RIBAT

22 Mei 2011, Sabtu



(4) Motivasi Kecemerlangan Pelajar

Kursus Pemantapan Sahasiah [24 – 26 Jun 2011]



(5) Ihya' Ramadhan 1431 H [Sepanjang Ramadhan]

- Forum Di Ambang Ramadhan

- Kursus Persediaan Pentazkirah Ramadhan

- Tazkirah Sepanjang Ramadhan di Masjid dan Surau Di Bahagian Bintulu

- Kuliah Dhuha Ramadhan (Khas Untuk Muslimah)

- Qiyamullail Perdana

- Ziarah Ramadhan

- Edaran Risalah Ramadhan



(6) Perjumpaan Mingguan RIBAT



(7) Kem Ibadah dan Sahsiah (KIDS 2011) Serta banyak lagi aktiviti....



MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:

Penasihat RIBAT:

En Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim

[Penolong Pegawai PPD Bintulu]



En Yusoff bin Piee

[Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu]



Ustaz Mahdi bin Lamit

[Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ustaz Ibrahim bin Mat Isa

[Timb. Pengerusi JAKSA PPD Bintulu]



Ketua Penyelaras RIBAT:

En. Zulkefli bin Yusoff

[019-9045631]

Timb. Penyelaras RIBAT:

Cik Hanim Hartini binti Mohamad

[013-9201988]

Setiausaha RIBAT:

Ustazah Fadzliana binti Wahab

[012-5335012]

Guru-guru penyelaras RIBAT:

SMK BINTULU

Ustazah Juraidah Binti Suhai

[019-4862400]



SMK BANDAR

Ustazah Nur Karmilah binti Had

[013-8163217]



SMK ASSYAKIRIN

Ustazah Noor Haslina Binti Ahmad Untong

[013-7626228]



SM KIDURONG

Ustaz Mohd Aftahnizam bin Tumiran

[013-2286050]



SM TEKNIK

Ustaz Zainol Fakri bin Abdul Ghani

[019-8556747]



SMK BARU

Ustazah Dayang Kartini binti Abang Hasnan

[013-8405607]



SMK SEBAUH

Ustaz Fahmi bin Ahmad

[019-4890777]



SMK TATAU

Ustaz Khairun Najmi bin Abd hamid

[017-2798569]

JAKSA

Klik pada logo diatas untuk maklumat lanjut..

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

HUBUNGI KAMI

TAJUK FORUM TERKINI@FACEBOOK

SEMBANG-SEMBANG

LOKASI PENGUNJUNG